Sunday, June 30, 2013
Hati2 bila letak status di alam facebook..
Jenayah Cyber bukan setakat melanun, plagiat atau mengugut saja, ianya mampu menular ke dunia sebenar, kalau kita perhatikan kebanyakan pemilik akaun facebook terlalu ghairah dan se-akan2 me-nunjuk2 kemana kita pergi setiap hari tanpa kita fikirkan bukan kita atau rakan2 rapat kita saja yang mengetahui, rakan kepada rakan2 kita juga malah jika settings view kita tidak berapa nak pandai, ianya akan terus keluar sebagai 'META' atau menjadi sebahagian dari pencarian melalui yahoo.com atau abg.google kita, status harian kita apalagi mengenai status kita pergi melancong atau keluar rumah ber-jalan2 sambil up-load gambar dengan pelbagai posing dan juadah makanan jalan2 isi perut kita tu, selain dari menyeronokkan kawan2 facebook, ianya tumpang menyeronokkan kaki2 pecah rumah, apa tidaknya; bila tau yang kita ni keluar rumah berapa hari, balik bila, tidor kat mana, makan kat mana, ianya se-olah2 menjadi peluang kepada kaki2 tersebut untuk tidak sesaat pun merasa gopoh-gapah semasa mengabiskan tugas mereka hari tu.. 'so pelis biwei n bikeiful.. alwes wrote once think twice..!'
Wednesday, June 26, 2013
Cundang Sebuah Kepimpinan
kepimpinan yang baik mestilah bermula dari ketua, mestikah yang dipimpin itu terkorban angkara kelemahan pemimpinnya? pemimpin harus berani berkorban apa yang penting jangan sesekali mengunakan hak orang bawahannya untuk kepentingan sendiri, percaturan begini jika diketahui oleh orang-orang bawahan, lambat-laun akan meruntuhkan sebuah kesatuan, ingatlah pemimpin, anda sedang diperhatikan!
Tuesday, June 25, 2013
Daya Rentak Hati
semoga rahmat Allah mencurah-curah kepada kita setiap masa dan ketika, kerana rahmat ini lebih penting dari segala kebaikan di muka bumi, berhati-hati juga bila kita melakukan apa yang kita sudah fikirkan, kerana belum tentu perkara yang akan terjadi itu mendapat tindakan pemikiran yang positif dari masyarakat sekeliling, memanglah kita rasa penat bila asyik mengikut cakap orang lain, bila pula nak buat ikut rentak hati sendiri, tapi kita kena ingat, membuat yang terdaya itu berbeza dari membuat setakat yang terdaya... jangan habiskan masa hanya utk menjadi hamba duit, bila abdi pada harta maka harta itu menjadi satu kemusnahan jiwa kepada kita.
Monday, June 24, 2013
Redha Sebuah Kehidupan
lamanya hakuw tak apdet blog ni, tapi kejanggalan sikit ku rasai tidak, kerana ia tetap dalam dunia ku jua, tapi bila ada anasir-anasir terlarang yang selalunya tidak pasti mengenai makna kehidupan, selalunya mereka akan mencari salah orang lain, cuba kita perhatikan dalam diri, pasti ada anasir-anasir tersebut, kerana darah kita sama merah, kita hidup dengan oksigen yang sama, leraikan segala hasad, musnahkan segala dengki,jika semua ketaksuban dunia telah hilang, ujudlah sebuah keredhaan..
Wednesday, April 27, 2011
PESANAN ROH
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana ALLAH untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi ALLAH, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat
lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi ALLAH, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, ALLAH menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd. anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
''Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu. Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
[sumber artikel dari: BicaraSufi.com]
Monday, April 18, 2011
Merindu Untuk Dicintai
"cintai diriku tanpa rasa gentar, percaya diri ku tanpa rasa gusar, bila ku tiada di sini, bukan bererti aku sudah jemu, bila kita tidak bersama lagi, bukan bererti kita tidak mesra, bila kita tidak saling bertemu, sebenarnya kita diberi peluang utk menikmati RINDU"..
Monday, March 14, 2011
Saturday, March 12, 2011
Thursday, February 11, 2010
Thursday, July 30, 2009
CD: CRYIN ROCKERS - Kebangkitan (2009)
TRACKLISTS:
1- Kebangkitan (single terbaru)
2- 2 minute to midnight
3- Aces High
4- The Trooper
5- Wasted Years
6- Hallowed by thy name
7- Rockapak Selamanya (Bonus Track)
LINE-UP:
vokal - Janggutrockers
1st lead - metalLAN
2nd lead - Busu
Bass - Boy
Drum - Sham The HaMMeR
Labels:
qursany productions,
rock kapak,
rockapak.org
Thursday, July 23, 2009
Sunday, July 19, 2009
CD: ARJUNA - Live At Shah Alam (1992)

TRACKLIST:
01 - Intro
02 - For Whom The Bell Toll (METALLICA)
03 - Skeleton Of Society (SLAYER)
04 - Remember The Fallen (SODOM)
05 - Watch Children Pray (METAL CHURCH)
06 - Fade To Black (METALLICA)
07 - When The Death Call (BLACK SABBATH)
08 - Mandatory Suicide (SLAYER)
09 - Seek And Destroy (METALLICA)
10 - Highway Star (DEEP PURPLE)
11 - Tunggul (Instrumental)
12 - Jangan Lupa Kisah Lama
13 – Bangga
LINE-UP:
* Mi Chapay On - 1st Lead
* Bad Tropper - 2nd Lead
* John Dhalea- bass guitar
* Asri Jawa - drums
* Conan Arjuna (Conan Qursany) - vocalist
Labels:
qursany productions,
rock kapak,
rockapak.org
Saturday, July 4, 2009
Sunday, June 28, 2009
Kuala Kangsar Bandar DiRaja
Subscribe to:
Posts (Atom)










