Friday, December 12, 2014

Falcon Rising

Falcon Rising(2014)..~ Bagi peminat martial art nama michael j.white mungkin tidak begitu asing, aksi seni mempertahankan diri dari beliau semakin hari semakin manTop, filem ini mengisahkan, john chapman se-olah2 telah hampa dengan kehidupannya akibat tekanan memori semasa beliau dlm tentera, suatu hari beliau telah dilawati oleh adik perempuannya(cindy) seorang aktivis bebas dari sebuah NGO, semasa cindy menjalankan aktivitinya di negara brazil, cindy telah diserang dan koma, akibat peristiwa tersebut, john telah turun ke brazik utk mencari siapakah yang menyerang adiknya itu, maka pertempuran demi pertempuran samada melalui senjata atau free hand pun terjadi, sehingga polis brazil terpaksa campur tangan, rupa2nya yazuka lah yg menjadi dalang mengenai perkara tersebut kerana adiknya cuba menghalang aktiviti pemerdagangan manusia dari brazil ke negara jepun..~ Seperti biasa michael j.white adalah seorang actor movie B-grade, jadi tiada unsur2 ketaksuban mengenai props atau CGI yg canggih, beliau cuma dapat memaparkan aksi2 manTop beliau sahaja, jalan cerita seperti biasa bila kuat sangat memaparkan babak polis, maka isu korupsi menjadi perkara utama dlm filem ini..~ Saya tidak menanggapkan bahawa ini adalah filem aksi martial art yg terbaik, tapi jika sehingga kini masih belum nampak aksi dari JCVD atau pun Wesely Snipes, filem ni bolehlah dijadikan snack ringan, lagi pun fakta yg menarik mengenai filem ini ialah watak cindy chapman dilakon oleh Laila Ali iaitu anak perempuan kepada Peninju tersohor Muhammad Ali, laila ali dulu hanya berlakon di kaca TV dan filem ini merupakan filem pertama beliau di layar putih.
http://www.imdb.com/title/tt2295722/

No comments:

Post a Comment