Monday, December 15, 2014

The Infidel

The Infidel(2010)..~ Antara filem yang saya rasa agak payah sikit nak ulas, namun setiap pendapat itu memerlukan ketelusan, maka dikisahkan yang watak bapa bernama mahmud nasir asal pakistan mengalami krisis identiti yg kronik setelah mengetahui beliau dilahirkan sebagai seorang yahudi tapi dijadikan anak angkat oleh org islam, naluri hati beliau begitu kuat untuk mancari susur-galor keluarga beliau sehingga mengetahui yang bapa beliau ialah seorang rabai maka dari situ beliau terpaksa bertungkus-lumus dlm kalbu mencari definisi sebenar antara yahudi dan islam sehinggakan dilafazkan menerusi dari kata2 yg beliau adalah seorang yahudi, akibat dari percakapan tersebut, perkahwinan antara anak lelaki beliau dengan seorang anak angkat mubaligh islam terpaksa dibatalkan, ini menjadikan beliau cuba mencari semula jalan pulang dan mengkaji semula dua2 kitab yakitu al-quran dan kitab yahudi(tanakh) lalu menjumpai persamaan yang agak banyak terutama dlm penyaksian bahawa Allah itu tetap satu..! juga beliau telah dpt mencari identiti sebenar mubaligh arshad el-masri adalah seorang artis pop yg bernama gary page, maka dengan memberanikan diri, mahmud masuk ke dalam dewan di mana ceramah agama oleh mubaligh tersebut sedang diadakan dan terjadilah penerangan demi peneragan mengenai bagaimana sepatutnya agma islam ni di bawa oleh diri org2 yg mengaku muslim, sehinggakan pendedahan identiti siapakah mubaligh tersebut yg sebenarnya, yak itu cuba mengaut keuntungan dengan cara mengadakan ceramah agama utk mengutip sumbangan..~ Filem ini ditagkan sebagai filem komedi dan se-akan2 memaparkan cerita yg ringan namun berat dari kacamata penonton yg benar2 faham mengenai islam, lakonan yang agak bersahaja dan ada sedikit tujuan mempersendakan agama islam, agama islam ialah agama yg menyeluruh, bukan diambil separuhnya dan dibuang separuhnya lagi, saya rasa filem ini memang dibannedkan utk tayangan di negara kita, bukan pasal pengaruh, bukan pasal agama tapi saya rasa pasal ianya sarat dgn mesej tapi kosong dengan jiwa se-olah2 islam itu mudah tapi langsung tiada keindahan.. me'moderate'kan islam adalah sesuatu yg salah kerana islam sebenarnya mengikuti arus kemodenan malah kemodenan itu sendiri sejajar naiknya dengan islam, yang suka buat terpesong dan tersasar sehingga membudayakan islam adalah penganutnya sendiri!..~ Islam dimulakan dengan niat dan asy-syahadatain, maka selepas daripada itu tiada lagi niat lain utk apasaja yg berkaitan dengan aqidah! jika ada contoh2 bagaimana utk mempermainkan aqidah maka filem ini satu tonjolan yang sesuai mengenainya.. Sesiapa saja boleh memeluk islam sebab islam bukan lahir dari rahim ibu, islam lahir dari dua kalimah syahadah dan dikuatkan dengan aqidah dimantapkan dengan iman, maka apa itu iman? iman adalah kepercayaan!, jadinya jika kita semua diWAJIBkan utk percaya mengenai kematian maka sebaiknya biarlah kita mati dlm keadaan iman yg kukuh yakni kukuh melalui rukun 6 dan rukun 5, segala rahsia yang 4 biarlah melalui keimanan dari sumber yang 2 untuk kekuatan aqidah pada yang 1 .. insya Allah
"Syuhudun wahid fi kasrath, Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, Man ‘arofa nafsahu faqod ‘arofa Robbahu."
http://www.imdb.com/title/tt1424003/

Friday, December 12, 2014

The Mule

The Mule(2014)..~ Selepas saya menonton cerita nie, saya tagkan sebagai sebuah filem yang jijik tapi brilliant, filem mengisahkan seorang pemuda bernama Ray yg agak naif, lurus bendul dan straight foward, selalu dikenakan oleh kawan2 dan tokeh tempat dia bekerja sebagai pembaiki barang2 elektrik, satu hari beliau memenangi hadiah percutian di bangkok thailand, kawan dia telah mengunakan kenaifan dia utk membawa balik ke australia bungkusan dadah yang diletakkannya dalam perut Ray, namun semasa di airport utk pemeriksaan kastam, Ray panik kerana begnya dah hilang, bermula dari insiden itulah beliau ditahan oleh pihak antidadah, atas perintah mahkamah dia dibawa ke sebuah penginapan utk ditahan tanpa reman, kerana disyaki menyimpan dadah dlm perutnya, berbagai cara pihak berwajib tersebut cuba membuatkan agar Ray mengeluarkan najisnya, sedikit demi sedikit Ray tersedar akan perbuatannya itu sebenarnya mengundang bahaya kepada keluarganya apalagi ayahnya telah mati dibunuh oleh org yang mengupah kawan Ray utk Ray membawa balik dadah2 dlm perut dia tu..~ Mengapa saya katakan jijik tapi brilliant? sedikit panduan untuk yang belum menonton cerita ini agar tidak makan sambil menonton, kerana teknik Ray utk mengekalkan dadah dalam perut beliau sehingga tahanan reman dia tamat pada hari ke 12 adalah yang paling jijik pernah saya tonton dalam mana2 filem dan cara beliau membuat twist untuk menyelamatkan diri dari tuduhan membawa dadah melebihi keperluan tersebut memang tidak di sangka2..~ Lakonan Angus Samson sebagai Ray begitu hidup dengan mimik muka yang begitu terseksa menahan najisnya dari keluar dari perut dan lakonan agent smith al-matrix sebagai det.tom croft begitu berkarisma, scene2 yg agak menjijikkan seperti mencari bungkusan dadah dalam najis Ray telah mampu menarik tangan saya utk menutup mulut, kepada yg sedang menanti filem2 blockbuster yg lain2 atau pun yang rasa dah lama sangat tak muntah, bolehlah layan filem ini dahulu, tapi ingat, letakkan makanan anda jauh2.
http://www.imdb.com/title/tt2130270/

Chef

Chef(2014)...~ Carl Casper seorang bapa tunggal dan chef yg dedikasi dengan profesionnya, suatu hari seorang pengkritik makanan(ramsey michel) telah datang ke restoran tempat dia bekerja, lalu membuat komen yang negatif mengenai kek yg dia buat di dalam twitternya sambil memperli, badan casper yg gemok itu adalah kerana memakan semula makanan yg dihantar kembali ke dapur, twitter tersebut telah menaikkan darah casper, lalu mempelawa casper utk dtg semula dan merasai menu dia yg terbaru, tapi tokeh restoran tersebut melarangnya dan mahu casper menyajikan menu yang semamngnya telah ada dlm restoran tersebut, pertengkaran dia dgn tokeh tersebut telah memaksa casper melepaskan jawatan sebagai chef utama di tempat itu, selepas itu casper cuba mencari alternatif lain untuk kesinambungan hidup, lalu bekas isteri beliau membantu dengan cara menemukan casper dgn bekas suaminya yg no.2(selepas bercerai dgn casper), maka selepas pertemuan tersebut, casper kembali menjadi chef bergerak dgn menjual makanannya melalui sebuah caravan dapur bergerak, dengan dibantu oleh kawan baiknya dan anaknya yg mempromosi perniagaan casper melalui twitter, perniagaan beliau pun menuju puncak..~ Filem ni memaparkan senario biasa rakyat amerika yg menjadi ibu/bapa tunggal tapi masih menjadi kawan baik dgn pasangan masing, rentetan demi rentetan plot berjalan dgn sempurna menjadikan penonton sentiasa seronok utk mengetahui sehingga penghujung filem, lagi pun filem ini langsung tiada unsur2 gengsterisme, apa yg hendak di sampaikan hanyalah.. 'hendak seribu daya', lakonan scarlett johansson sebagai molly pun hanya tempelan dan saya berasa kesian pula sebab ditinggalkan begitu saja oleh casper..~ Bagi diri saya walau pun filem ni banyak memaparkan menu2 yang nampak mcm sedap, tapi saya tak sanggup utk menghayatinya sehingga meleleh air liur, kerana jika dilihat secara makrifah filem ini se-olah2 cuba mempromosi applikasi twitter dan daging BABI...! uwekkkk..
http://www.imdb.com/title/tt2883512/

Falcon Rising

Falcon Rising(2014)..~ Bagi peminat martial art nama michael j.white mungkin tidak begitu asing, aksi seni mempertahankan diri dari beliau semakin hari semakin manTop, filem ini mengisahkan, john chapman se-olah2 telah hampa dengan kehidupannya akibat tekanan memori semasa beliau dlm tentera, suatu hari beliau telah dilawati oleh adik perempuannya(cindy) seorang aktivis bebas dari sebuah NGO, semasa cindy menjalankan aktivitinya di negara brazil, cindy telah diserang dan koma, akibat peristiwa tersebut, john telah turun ke brazik utk mencari siapakah yang menyerang adiknya itu, maka pertempuran demi pertempuran samada melalui senjata atau free hand pun terjadi, sehingga polis brazil terpaksa campur tangan, rupa2nya yazuka lah yg menjadi dalang mengenai perkara tersebut kerana adiknya cuba menghalang aktiviti pemerdagangan manusia dari brazil ke negara jepun..~ Seperti biasa michael j.white adalah seorang actor movie B-grade, jadi tiada unsur2 ketaksuban mengenai props atau CGI yg canggih, beliau cuma dapat memaparkan aksi2 manTop beliau sahaja, jalan cerita seperti biasa bila kuat sangat memaparkan babak polis, maka isu korupsi menjadi perkara utama dlm filem ini..~ Saya tidak menanggapkan bahawa ini adalah filem aksi martial art yg terbaik, tapi jika sehingga kini masih belum nampak aksi dari JCVD atau pun Wesely Snipes, filem ni bolehlah dijadikan snack ringan, lagi pun fakta yg menarik mengenai filem ini ialah watak cindy chapman dilakon oleh Laila Ali iaitu anak perempuan kepada Peninju tersohor Muhammad Ali, laila ali dulu hanya berlakon di kaca TV dan filem ini merupakan filem pertama beliau di layar putih.
http://www.imdb.com/title/tt2295722/

Stonehearst Asylum

Stonehearst Asylum(2014)review 'coming soon'
http://www.imdb.com/title/tt1772264/

Kaki Kitai

Kaki Kitai(2014) review 'coming soon'

Wednesday, December 10, 2014

The Maze Runner

The Maze Runner(2014).. ~ Ada yg berkata cerita nie boring, mungkin sebelum tengok dia dah berperang dengan bini dia, bagi saya cerita ini mengujakan dan ada babak2 yg membuatkan saya berharap mereka semuanya selamat, mengisahkan seorang pemuda bernama thomas dihantar ke 'penjara' berbentuk maze yg dikawal oleh sebuah syarikat perubatan untuk melakukan ujian antidot akibat dari wabak yg menyerang dunia ketika itu, namun pemuda2 yang berada didalam maze tersebut langsung tidak tau kenapa meraka berada di dalam sana, setelah thomas dimasukkan, keadaan di dalam maze tersebut menjadi kucar-kacir kerana thomas membawa perubahan yang drastik dan menjadi yang paling berani, keadaan menjadi semakin tegang bila seorang gadis pula dihantar ke sana dan berlaku keadaan yg memeranjatkan dimana pintu maze tidak ditutup pada waktu malam menjadikan ianya terdedah kepada kemasukan makhluk ganas ciptaan manusia dipanggil 'grievers' dan pertembungan pong bermula, ini menjadikan thomas semakin berani untuk menerjah dengan lebih jauh lagi ke dalam maze tersebut hingga ke ruang pentadbiran, selepas tu se-gala2nya terbongkar..~ Seronok menonton pelakon2 muda beraksi sepenuhnya dalam filem ini, bila kita sudah terpaut dengan aksi mereka, jadi sebarang adegan yang agak merbahaya, menjadikan kita sebagai penonton tak senang duduk, kali ini saya lalaikan banyak error dlm filem ini utk saya menghayati jalan ceritanya se-olah2 saya juga seorang runner yang ingin keluar dari maze tersebut, bayangkanlah musuh utama mereka bukan si griever tapi adalah masa, jika mereka kalah dengan masa barulah mereka menjadi mangsa griever, faktor inilah yg menjadikan penonton meremang tengok..~ syabas dan kepada yang belum tonton, jadikan filem ini snack yang sedap utk dinikmati oleh mata anda. http://www.imdb.com/title/tt1790864/

Tuesday, December 2, 2014

Left Behind

Left Behind(2014) secara halusnya filem ini adalah bergenrekan keagamaan tapi berselindung di sebalik thriller, kalau nak dikatakan sci-fi jauh panggang dari api, left behind bermaksud, manusia lain yang ditinggalkan di muka bumi ini kerana tidak percayakan bible, ianya mengisahkan sang anak yang hendak menyambut hari jadi bapanya tapi bapanya pula ber-ia2 nak pergi bertugas, tapi sebenarnya hendak ber-poya2 dengan pramugari dimana dia menjadi pilot penerbangan tersebut, skrip banyak berkisar mengenai 'acts of god' tapi utk yg pegang rapuh tentang kepercayaan penganut kristian, mereka langsung tak peduli, sehinggakan apa yg ditulis dlm bible telah terjadi di hadapan mata mereka sendiri, seorang demi seorang penganut fahaman kristian yg benar2 percaya kepada bible dan semua kanak-kanak telah hilang dengan tiba2 diangkat ke-langit, bukan yg ada di dalam kapal terbang tu saja, tapi di seluruh dunia, perkara ini disedari oleh si pilot(nicolas cage) apa bila co-pilot dia sendiri juga hilang dan bila digeledah barang2 co-pilot dia tu dia jumpa jam tangan yg di dalamnya tertulis 'john 3:16' (For God so loved the world, that he gave his only Son, that whoever believes in him should not perish but have eternal life.) begitu juga dgn maklumat mengenai bible yg ada pada semua org2 yg hilang itu, termasuklah isteri dia sendiri yg benar cult dgn kristian, klimax cerita hanyalah usaha yg serious bagi mendaratkan kapal terbang tersebut kerana semua lapangan terbang sudah tidak berfungsi..!~ Choas dan riot yg terjadi dlm filem ni sebenarnya boleh digarap dengan lagi havoc, babak di mana penumpang tu hilang dgn tiba2 boleh dibuat dgn lebih sci-fi, bukan dgn on/off kamera je, mungkin budget memang ciput, jadi pelakon tambahan yg sama telah di-recycle berulang-kali, CGI dlm filem ni setaraf spec.eff dlm air force one(1997) atau u.s marshall(1996) saja, kesilapan teknikal bak labun org perak.. 'nyemedang' je berlakunya, lebih2 lagi bila pramugari tu dgn muka yg paling poyo bhuwat annoucement kepada penumpang menerusi gagang talipon tapi bercakap kat corong mendengar, keujudan perlakon bonsai juga sedikit sebanyak menjadikan filem ni berstatus komedi serius juga watak seorang muslim yang dianggap terroist tapi duduk dlm kabin tu berdoa dan terus berdoa, spec kapal terbang mcm boeing tapi scene dlmnya mcm berada di dalam bas express je..~ Apa yg menariknya filem ini? kalau anda peminat dave mustaine dan ingin melihat beliau bercakap(bukan menyanyi) boleh layan cara nicolas cage berdailog, dengan tonasinya vokal yg banyak half-vocabulary, sampai tak sampai je bunyinya atau dgn katalain berlidah besar, memang sejibik bunyi macam vocalist/guitarist megadeth tu menyanyi.

http://www.imdb.com/title/tt2467046/

Monday, December 1, 2014

Kelibat

Kelibat(2014)...~ bila terlalu banyak seram, filem tu akan jadi serem, cerita kelibat terbitan metrowealth hasil garapan dir.hashim rejab ini se-olah2 kehilangan punca utk mencari titik yang benar2 seram, kerana keseraman yg ada dlm filem ini sudah berulang kali ditunjal2kan dlm filem2 lain, dengan kata lain corak matematikal yang boleh saya grafkan sini adalah.. ju-on + the ring + the shaining = kelibat,..~ Mengisahkan satu keluarga yg mengalami masalah kewangan yg merudum teruk terpaksa berpindah rumah,sampai berhadapan dengan masalah ah long melarikan diri dan menginap di rumah lama(yang lebih kurang macam resort), dengan pelbagai masalah saikologi yg timbul daripada karenah isteri dan anak2nya kerana beralih-angin dari kemewahan di bandar kepada kedaifan budaya kampung, menjadikan sang suami tension tahap ultraman tak dapat cahaya matahari, bila satu keluarga hati dah tak tenteram kacau-bilau mengamuk tak tentu pasal, maka pelbagai entiti yang tak semengah(jahat) bila2 masa boleh merasuk dalam pemikiran seseorang,..~ Kelemahan yang paling ketara dlm filem ini ialah, membayangkan budaya melayu di zaman millenium ini terlalu celupar tapi banggang, memang tak pernahlah saya jumpa budak2 remaja yg biadap sangat terutama bila berhadapan dengan org tua, lepas tu banggang men-goncang2kan handphone utk mencari 'line'(signal talipon), cuma apa yang menariknya, pengarah filem menyembunyikan plot2nya sehinggakan penonton bertanya, kejadah haperkah ini?, tapi sedikit demi sedikit persoalan terjawap tanpa perlu ditunjukkan melalui skrip, lakonan pelakon cilik yang sedaya upaya cuba mengikut arahan pengarah ternyata boleh digilap dan dalam filem ini beliau faham apa itu berlakon, pilihan watak ke-dua2 anak remaja itu juga sebaik paras rupa mereka malah dapat aku bayangkan betapa lumat kepala mereka hakuw sikuw2kan kalau dpt anak seperti mereka, patutlah pong sang ayah mereka tension nak mampus..~ kepada yang belum menonton, dalam cerita ini yg jelasnya tiada seram tapi ada motivasi utk para2 isteri dan anak2, supaya 'respect der leader'.