Monday, December 15, 2014

The Infidel

The Infidel(2010)..~ Antara filem yang saya rasa agak payah sikit nak ulas, namun setiap pendapat itu memerlukan ketelusan, maka dikisahkan yang watak bapa bernama mahmud nasir asal pakistan mengalami krisis identiti yg kronik setelah mengetahui beliau dilahirkan sebagai seorang yahudi tapi dijadikan anak angkat oleh org islam, naluri hati beliau begitu kuat untuk mancari susur-galor keluarga beliau sehingga mengetahui yang bapa beliau ialah seorang rabai maka dari situ beliau terpaksa bertungkus-lumus dlm kalbu mencari definisi sebenar antara yahudi dan islam sehinggakan dilafazkan menerusi dari kata2 yg beliau adalah seorang yahudi, akibat dari percakapan tersebut, perkahwinan antara anak lelaki beliau dengan seorang anak angkat mubaligh islam terpaksa dibatalkan, ini menjadikan beliau cuba mencari semula jalan pulang dan mengkaji semula dua2 kitab yakitu al-quran dan kitab yahudi(tanakh) lalu menjumpai persamaan yang agak banyak terutama dlm penyaksian bahawa Allah itu tetap satu..! juga beliau telah dpt mencari identiti sebenar mubaligh arshad el-masri adalah seorang artis pop yg bernama gary page, maka dengan memberanikan diri, mahmud masuk ke dalam dewan di mana ceramah agama oleh mubaligh tersebut sedang diadakan dan terjadilah penerangan demi peneragan mengenai bagaimana sepatutnya agma islam ni di bawa oleh diri org2 yg mengaku muslim, sehinggakan pendedahan identiti siapakah mubaligh tersebut yg sebenarnya, yak itu cuba mengaut keuntungan dengan cara mengadakan ceramah agama utk mengutip sumbangan..~ Filem ini ditagkan sebagai filem komedi dan se-akan2 memaparkan cerita yg ringan namun berat dari kacamata penonton yg benar2 faham mengenai islam, lakonan yang agak bersahaja dan ada sedikit tujuan mempersendakan agama islam, agama islam ialah agama yg menyeluruh, bukan diambil separuhnya dan dibuang separuhnya lagi, saya rasa filem ini memang dibannedkan utk tayangan di negara kita, bukan pasal pengaruh, bukan pasal agama tapi saya rasa pasal ianya sarat dgn mesej tapi kosong dengan jiwa se-olah2 islam itu mudah tapi langsung tiada keindahan.. me'moderate'kan islam adalah sesuatu yg salah kerana islam sebenarnya mengikuti arus kemodenan malah kemodenan itu sendiri sejajar naiknya dengan islam, yang suka buat terpesong dan tersasar sehingga membudayakan islam adalah penganutnya sendiri!..~ Islam dimulakan dengan niat dan asy-syahadatain, maka selepas daripada itu tiada lagi niat lain utk apasaja yg berkaitan dengan aqidah! jika ada contoh2 bagaimana utk mempermainkan aqidah maka filem ini satu tonjolan yang sesuai mengenainya.. Sesiapa saja boleh memeluk islam sebab islam bukan lahir dari rahim ibu, islam lahir dari dua kalimah syahadah dan dikuatkan dengan aqidah dimantapkan dengan iman, maka apa itu iman? iman adalah kepercayaan!, jadinya jika kita semua diWAJIBkan utk percaya mengenai kematian maka sebaiknya biarlah kita mati dlm keadaan iman yg kukuh yakni kukuh melalui rukun 6 dan rukun 5, segala rahsia yang 4 biarlah melalui keimanan dari sumber yang 2 untuk kekuatan aqidah pada yang 1 .. insya Allah
"Syuhudun wahid fi kasrath, Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, Man ‘arofa nafsahu faqod ‘arofa Robbahu."
http://www.imdb.com/title/tt1424003/

No comments:

Post a Comment