Friday, December 12, 2014

The Mule

The Mule(2014)..~ Selepas saya menonton cerita nie, saya tagkan sebagai sebuah filem yang jijik tapi brilliant, filem mengisahkan seorang pemuda bernama Ray yg agak naif, lurus bendul dan straight foward, selalu dikenakan oleh kawan2 dan tokeh tempat dia bekerja sebagai pembaiki barang2 elektrik, satu hari beliau memenangi hadiah percutian di bangkok thailand, kawan dia telah mengunakan kenaifan dia utk membawa balik ke australia bungkusan dadah yang diletakkannya dalam perut Ray, namun semasa di airport utk pemeriksaan kastam, Ray panik kerana begnya dah hilang, bermula dari insiden itulah beliau ditahan oleh pihak antidadah, atas perintah mahkamah dia dibawa ke sebuah penginapan utk ditahan tanpa reman, kerana disyaki menyimpan dadah dlm perutnya, berbagai cara pihak berwajib tersebut cuba membuatkan agar Ray mengeluarkan najisnya, sedikit demi sedikit Ray tersedar akan perbuatannya itu sebenarnya mengundang bahaya kepada keluarganya apalagi ayahnya telah mati dibunuh oleh org yang mengupah kawan Ray utk Ray membawa balik dadah2 dlm perut dia tu..~ Mengapa saya katakan jijik tapi brilliant? sedikit panduan untuk yang belum menonton cerita ini agar tidak makan sambil menonton, kerana teknik Ray utk mengekalkan dadah dalam perut beliau sehingga tahanan reman dia tamat pada hari ke 12 adalah yang paling jijik pernah saya tonton dalam mana2 filem dan cara beliau membuat twist untuk menyelamatkan diri dari tuduhan membawa dadah melebihi keperluan tersebut memang tidak di sangka2..~ Lakonan Angus Samson sebagai Ray begitu hidup dengan mimik muka yang begitu terseksa menahan najisnya dari keluar dari perut dan lakonan agent smith al-matrix sebagai det.tom croft begitu berkarisma, scene2 yg agak menjijikkan seperti mencari bungkusan dadah dalam najis Ray telah mampu menarik tangan saya utk menutup mulut, kepada yg sedang menanti filem2 blockbuster yg lain2 atau pun yang rasa dah lama sangat tak muntah, bolehlah layan filem ini dahulu, tapi ingat, letakkan makanan anda jauh2.
http://www.imdb.com/title/tt2130270/

No comments:

Post a Comment