Wednesday, December 10, 2014

The Maze Runner

The Maze Runner(2014).. ~ Ada yg berkata cerita nie boring, mungkin sebelum tengok dia dah berperang dengan bini dia, bagi saya cerita ini mengujakan dan ada babak2 yg membuatkan saya berharap mereka semuanya selamat, mengisahkan seorang pemuda bernama thomas dihantar ke 'penjara' berbentuk maze yg dikawal oleh sebuah syarikat perubatan untuk melakukan ujian antidot akibat dari wabak yg menyerang dunia ketika itu, namun pemuda2 yang berada didalam maze tersebut langsung tidak tau kenapa meraka berada di dalam sana, setelah thomas dimasukkan, keadaan di dalam maze tersebut menjadi kucar-kacir kerana thomas membawa perubahan yang drastik dan menjadi yang paling berani, keadaan menjadi semakin tegang bila seorang gadis pula dihantar ke sana dan berlaku keadaan yg memeranjatkan dimana pintu maze tidak ditutup pada waktu malam menjadikan ianya terdedah kepada kemasukan makhluk ganas ciptaan manusia dipanggil 'grievers' dan pertembungan pong bermula, ini menjadikan thomas semakin berani untuk menerjah dengan lebih jauh lagi ke dalam maze tersebut hingga ke ruang pentadbiran, selepas tu se-gala2nya terbongkar..~ Seronok menonton pelakon2 muda beraksi sepenuhnya dalam filem ini, bila kita sudah terpaut dengan aksi mereka, jadi sebarang adegan yang agak merbahaya, menjadikan kita sebagai penonton tak senang duduk, kali ini saya lalaikan banyak error dlm filem ini utk saya menghayati jalan ceritanya se-olah2 saya juga seorang runner yang ingin keluar dari maze tersebut, bayangkanlah musuh utama mereka bukan si griever tapi adalah masa, jika mereka kalah dengan masa barulah mereka menjadi mangsa griever, faktor inilah yg menjadikan penonton meremang tengok..~ syabas dan kepada yang belum tonton, jadikan filem ini snack yang sedap utk dinikmati oleh mata anda. http://www.imdb.com/title/tt1790864/

No comments:

Post a Comment