Monday, December 1, 2014

Kelibat

Kelibat(2014)...~ bila terlalu banyak seram, filem tu akan jadi serem, cerita kelibat terbitan metrowealth hasil garapan dir.hashim rejab ini se-olah2 kehilangan punca utk mencari titik yang benar2 seram, kerana keseraman yg ada dlm filem ini sudah berulang kali ditunjal2kan dlm filem2 lain, dengan kata lain corak matematikal yang boleh saya grafkan sini adalah.. ju-on + the ring + the shaining = kelibat,..~ Mengisahkan satu keluarga yg mengalami masalah kewangan yg merudum teruk terpaksa berpindah rumah,sampai berhadapan dengan masalah ah long melarikan diri dan menginap di rumah lama(yang lebih kurang macam resort), dengan pelbagai masalah saikologi yg timbul daripada karenah isteri dan anak2nya kerana beralih-angin dari kemewahan di bandar kepada kedaifan budaya kampung, menjadikan sang suami tension tahap ultraman tak dapat cahaya matahari, bila satu keluarga hati dah tak tenteram kacau-bilau mengamuk tak tentu pasal, maka pelbagai entiti yang tak semengah(jahat) bila2 masa boleh merasuk dalam pemikiran seseorang,..~ Kelemahan yang paling ketara dlm filem ini ialah, membayangkan budaya melayu di zaman millenium ini terlalu celupar tapi banggang, memang tak pernahlah saya jumpa budak2 remaja yg biadap sangat terutama bila berhadapan dengan org tua, lepas tu banggang men-goncang2kan handphone utk mencari 'line'(signal talipon), cuma apa yang menariknya, pengarah filem menyembunyikan plot2nya sehinggakan penonton bertanya, kejadah haperkah ini?, tapi sedikit demi sedikit persoalan terjawap tanpa perlu ditunjukkan melalui skrip, lakonan pelakon cilik yang sedaya upaya cuba mengikut arahan pengarah ternyata boleh digilap dan dalam filem ini beliau faham apa itu berlakon, pilihan watak ke-dua2 anak remaja itu juga sebaik paras rupa mereka malah dapat aku bayangkan betapa lumat kepala mereka hakuw sikuw2kan kalau dpt anak seperti mereka, patutlah pong sang ayah mereka tension nak mampus..~ kepada yang belum menonton, dalam cerita ini yg jelasnya tiada seram tapi ada motivasi utk para2 isteri dan anak2, supaya 'respect der leader'.

No comments:

Post a Comment