Tuesday, December 2, 2014

Left Behind

Left Behind(2014) secara halusnya filem ini adalah bergenrekan keagamaan tapi berselindung di sebalik thriller, kalau nak dikatakan sci-fi jauh panggang dari api, left behind bermaksud, manusia lain yang ditinggalkan di muka bumi ini kerana tidak percayakan bible, ianya mengisahkan sang anak yang hendak menyambut hari jadi bapanya tapi bapanya pula ber-ia2 nak pergi bertugas, tapi sebenarnya hendak ber-poya2 dengan pramugari dimana dia menjadi pilot penerbangan tersebut, skrip banyak berkisar mengenai 'acts of god' tapi utk yg pegang rapuh tentang kepercayaan penganut kristian, mereka langsung tak peduli, sehinggakan apa yg ditulis dlm bible telah terjadi di hadapan mata mereka sendiri, seorang demi seorang penganut fahaman kristian yg benar2 percaya kepada bible dan semua kanak-kanak telah hilang dengan tiba2 diangkat ke-langit, bukan yg ada di dalam kapal terbang tu saja, tapi di seluruh dunia, perkara ini disedari oleh si pilot(nicolas cage) apa bila co-pilot dia sendiri juga hilang dan bila digeledah barang2 co-pilot dia tu dia jumpa jam tangan yg di dalamnya tertulis 'john 3:16' (For God so loved the world, that he gave his only Son, that whoever believes in him should not perish but have eternal life.) begitu juga dgn maklumat mengenai bible yg ada pada semua org2 yg hilang itu, termasuklah isteri dia sendiri yg benar cult dgn kristian, klimax cerita hanyalah usaha yg serious bagi mendaratkan kapal terbang tersebut kerana semua lapangan terbang sudah tidak berfungsi..!~ Choas dan riot yg terjadi dlm filem ni sebenarnya boleh digarap dengan lagi havoc, babak di mana penumpang tu hilang dgn tiba2 boleh dibuat dgn lebih sci-fi, bukan dgn on/off kamera je, mungkin budget memang ciput, jadi pelakon tambahan yg sama telah di-recycle berulang-kali, CGI dlm filem ni setaraf spec.eff dlm air force one(1997) atau u.s marshall(1996) saja, kesilapan teknikal bak labun org perak.. 'nyemedang' je berlakunya, lebih2 lagi bila pramugari tu dgn muka yg paling poyo bhuwat annoucement kepada penumpang menerusi gagang talipon tapi bercakap kat corong mendengar, keujudan perlakon bonsai juga sedikit sebanyak menjadikan filem ni berstatus komedi serius juga watak seorang muslim yang dianggap terroist tapi duduk dlm kabin tu berdoa dan terus berdoa, spec kapal terbang mcm boeing tapi scene dlmnya mcm berada di dalam bas express je..~ Apa yg menariknya filem ini? kalau anda peminat dave mustaine dan ingin melihat beliau bercakap(bukan menyanyi) boleh layan cara nicolas cage berdailog, dengan tonasinya vokal yg banyak half-vocabulary, sampai tak sampai je bunyinya atau dgn katalain berlidah besar, memang sejibik bunyi macam vocalist/guitarist megadeth tu menyanyi.

http://www.imdb.com/title/tt2467046/

No comments:

Post a Comment