Friday, November 28, 2014

Gutshot Straight

Gutshot Straight(2014) Nampak gayanya abang hangkat aku steven seagal ni semakin malas, kumulatif lakonan beliau dalam cerita ini rasanya tak sampai 5 minit, tapi muka kat movie poster dia ler yg paling atas, cerita mengisahkan si jack(george eads) yang banyak hutang, cuba mencari jalan utk mendapatkan duit dengan cara yg cepat, maka dia di pertemukan dengan seorang kaya yg menawarkan tugas yg berat dlm segi psikologi, tugas utk melakukan adegan sex dengan isteri(AnnaLynne McCord) kepada abang org kaya itu sendiri, namun rancangan tersebut telah bertukar, di mana si kaya itu pula yg tiba2 terbunuh, namun aksi dia dengan isteri org tersebut telah dirakam oleh suami wanita itu, maka twist pun terjadi dan si jack cuba keluar dari masalah tersebut dengan meminta nasihat dari paulie(steven seagal), semasa adegan terakhir utk dia membunuh abg org kaya tersebut, paulie telah memberikan sejibik pistol yg ada special function itu itu membunuh si penembak..~ Ada 3-4 perkara yg saya dah agak mesti ada dalam filem2 lakonan steven seagal ini antaranya ialah, muka kompom tak calar, bila lawan tak melompat, ada aksi ranjang, ada tarian tiang dan ada 'persembahan harimau', jalan cerita ringan jer kamera moving selo banget, soundtrack so-so, tonton menerusi h/pon pun rasanya berbaloi sangat, cuma terkilan dengan lakonan tia carrera, tak sampai 2 minit pong dia berlakon, apa yang menariknya filem ini ialah pelakon2 wanita baik heroin atau tempelan memang taraf modelling..~ Jika anda tanya adakah berbaloi utk menonton gutshot straight? saya akan tanya balik adakah anda peminat persembahan harimau? kerana hampir 30 minit tayangan adalah mengenai persembahan harimau menerusi tarian tiang. jika jawapan anda ya.. maka ini adalah makanan anda. Akhir-kata sedikit ucapan untuk samuel steven seagal idola saya yg selepas ini dilabelkan sebagai x-idola.. "hakuw ménci kamooo..menci! menci! menci! :"( http://www.imdb.com/title/tt2252552/

Thursday, November 27, 2014

Thunder and the House of Magic


Thunder and the House of Magic(2013) ada kelainan dalam cerita animasi ini, kisah bermula bila watak anak kucing dylan yg selepas itu diberi nama thunder di tinggalkan oleh tuannya di tepi jalan lalu singgah di sebuah mansion yang dikatakan berhantu, di rumah tersebut tinggal seorang tua yang pandai melakukan silap mata dan mereka cipta robotik, tapi mcm biasa le ada watak baik mesti ada watak jahat, watak jahat atau nakal dlm cerita ini ialah si arnab dan si tikus yang terasa disisihkan oleh org tua tu akibat dari kedatangan thunder dirumah tersebut yg manja dan pandai mengambil hati, suatu hari anak saudara org tua tu cuba hendak menjual rumah tersebut maka pelbagai teknik dan aksi yg mereka buat utk mengagalkan tindakan anak buah org tua tersebut, bila org tua tu masuk hopital kerana satu kemalangan, anak buah dia bertindak dengan lagi berani.. maka dengan semangat dan akal yg pintar si thunder dengan kawan2 robot dia tu cuba mengagalkan hasrat pemuda tersebut walau pun rancangan mereka sering kali diganggu oleh sang arnab dan si tikus. watak dan aksi kucing dibangunkan dgn mengikut spesikasi perlakuan sebenar mereka.. layannn, dialog tak berapa nak kelakar tapi aksi2 mereka boleh ler terangkat sedikit bibir tu ke atas, saya menanti juga aksi yg betul2 killer, akhirnya waktu itu pong sampei, dan saya melihatnya dengan ter-bahak2, apa aksinya tu? sila le tengok sendiri di waktu babak anak saudara org tua tu mengunakan kren pemecah rumah utk meranapkan mansion tersebut dan mereka masing2 all-out menentangnya, moral cerita ini adalah menguna-pakai tagline wonder pet... haper yg pentingggg?

Monday, November 24, 2014

Anak Jantan

Anak Jantan(2014)~ Sebuah filem yang saya rasa berjalan dengan terus secara menaik antara plot demi plot walau pun ada flshback bagi menerangkan sejarah sebenar kepada rentetan peristiwa yang berlaku di ibukota, kumpulan pedang selatan yang berselindung sebalik agama menjalankan pelbagai kegiatan yang menyalahi undang2 termasuk jenayah permerdagangan manusia, oleh kerana judul filem ini anak jantan, maka jalan ceritanya memang kasar2, tiada belas kasihan terhadap apa saja tindakan dan situasi.~ Di awal cerita kelihatan banyak props yg dikaburkan imejnya mungkin disebakan penarikan balik tajaan atau pun tidak mendapat hak kebenaran untuk siaran, adegan lawan menampakkan aksi yang ber-sungguh2 dari para perlakon, adegan stunt terlalu cincai atau kurang ber-hati2 sehinggakan jelas kelihatan ayam2 terikat kakinya pada bakul yang dilanggar, aksi tembakan di atas katil dalam hospital telah membuahkan senyuman dari saya, kerana bulu2 ayam yang baru dicabut dari badan2 ayam nampak sngt dilambungkan ke udara kesan dari tembakan penjahat2 tersebut, pada hal hospital2 kat malaysia ni mana ada yang guna bantal berbulu ayam, lagi satu yang paling skema ialah ketua tentera yang macam kambing mengunyah chewing-gum tak henti2.~ Scene di mana darin diframekan oleh somchai supaya dituduh sebagai pembunuh tok ayah, mungkin pengarah faizal a.rashid mendapat ilham dari filem g.i joe melalui watak ninja hitam dan putih tu dan apa yang saya fikirkan mengenai saufi memang benar2 terjadi, kerana pemilihan pelakon utk saufi memang mirip muka bront palare, kalau saya di tempat darin, kejadah apa saya nak pergi menyelamatkan si saufi tu sebab sebelum isteri dia mati, dia sempat bagi tau siapakah si saufi tu sebenarnya, jika isteri dia masih hidup mungkin ada 50% alasannya, ni dah mati dan sempat bagi tau kepada kawan yang baru dia tumbuk tu yang dia nak menyelamatkan anak dia, bagi saya, klimax cerita ini merudum di saat itu apalagi kemasukkan anggota keselamatan yg ramai2 kedalam gudang, siap turun dengan tali begitu amatur sekali, sehingga habis cerita mereka masih lagi toleh kiri-kanan dlm keadaan berkumpulan, yang saya tergelak pasal mereka ni bila scene menembak kepala penjahat melalui sniper tu, yg di teropong belah kanan kepala, tapi peluru yg tersembul dari kepala penjahat tu keluar melalui belakang kepala.~ Akhirkata saya salute kepada bro Bront Palarae yang dapat menjiwai watak penjahat yang langsung tak ada jiwa tu, jika sekiranya arwah salleh kamil masih hidup dan menonton cerita ini, pastinya ada standing ovation untuk bro bront.

Thursday, November 13, 2014

Sex Tape

Sex Tape(2014) Saya kurang pasti adakah filem ni melepasi tayangannya dlm negara kita yang aman ni, bila sex diterjemahkan dalam bentuk komedi maka lahirlah cerita ini, keboringan dalam melakukan aktiviti sex telah mengilhamkan Jay untuk merekodkan aksi ranjang mereka itu pun setelah bersetuju dgn cadangan Annie utk memadamkan fail video tersebut, setelah di tonton, namun beliau tidak menunaikan cadangan tersebut dan video yg dirakamkan menerusi iPad pejabat tu, telah beralih dari tangan ke tangan staff dia, maka usaha untuk mendapatkan kembali iPad tersebut menjadikan cerita ini bertambah panas, apa lagi bila adegan tersebut telah dimuat-naik ke laman web youporn oleh salah seorang anak staff yg meminjam iPad tersebut utk pencarian info internet, aksi yang betul2 mencuit hempedu ketika Jay melarikan diri dari anjing yg cuba mengigitnya di dalam sebuah rumah.  Bagi saya sendiri, walau pun ada adegan kanak2 dalam filem ini, ianya amatlah tidak wajar utk tontonan umum, kerana walau pun aksi2 kekurangan benang tidak di tahap pengmeloWAPan nafsu, namun usaha2 utk mencari jalan lain ke arah itu mungkin menjadi wadah utama kepada budak2 yang baru nak mengenal erti kehidupan apa lagi erti sex yg sebenarnya. lakonan pembawa watak memang tahap A, teruja diakhir filem bila melihat jack black bertutur dengan aksi skema dia, walau pun cerita ni dia sekadar cameo, kalau diberikan watak utk separuh dari waktu filem ini, sangat2lah dihargai, akhir kata sila jauhkan anak2 anda ketika menonton filem ini..!
http://www.imdb.com/title/tt1956620/

Wednesday, November 12, 2014

Million Dollar Arm

Million Dollar Arm(2014) Criket + british got talent menjadi intipati untuk cerita yang sempoi dan santai ini, seorang agen sukan yg mencari duit dengan menjadi agen kepada bintang sukan, tapi oleh kerana terlalu banyak persaingan, beliau kena memikirkan cara lain untuk kesinambungan arah-tuju syarikat dia tu, sahabat dia mencadangkan utk mengambil pemain kriket untuk menjadi pemain baseball, setelah mendapat inspirasi dari sebuah rancangan realiti tv, maka usaha pencarian untuk mencari seorang pitching baseball pun bermula, dan ianya terletak di negara india, auditions demi auditions dilakukan diserata negara tersebut sehingga menemukan dua org pembaling bola baseball yg paling laju, maka dua org belia india tersebut dibawa ke amerika untuk digilap sebagai pemain liga baseball usa. Kejutan budaya adalah musuh utama dua pemuda dari india tersebut dan kegagalan dalam setiap usaha dijadikan semangat untuk kembali berjuang, komedi ringan samada dari segi aksi dan dailog menjadi rencah utk menghilangkan keboringan terhadap filem yg berbentuk biography seperti filem ini, ada sedikit motivasi dalam cerita ini, walau pun aksi komedinya lebih kepada dailog, namun keinginan untuk menonton sehingga habis tetap ujud, berdasarkan kisah benar rinku dan dinesh, dua org belia india yg pertama diserapkan dlm liga baseball usa. Kata2 dari watak 'amit'.. "aku impikan diriku sebagai seorang pemain baseball yg terkemuka, tapi aku lebih teruja melihat kamu dua orang mendahului aku, maka aku letakkan impian aku kepada kamu berdua.." boleh menyebabkan metal kental seperti aku, membocorkan sedikit airmata.. hehe..
http://www.imdb.com/title/tt1647668/

Coherenge

Coherenge(2013) Mungkin membawa maksud sesuatu yang terpisah bergabung menjadi satu? cerita dilakonkan oleh lapan watak dan watak 'emily' menjadi fokus utama dalam cerita ni(mungkin sebab dia yang paling cantik.. hehehe), mengisahkan lapan orang sahabat yang berkumpul dalam satu rumah bercerita pasal kenangan masing2 sambil memberi tumpuan terhadap sebuah komet yang melintas di lokasi mereka, sedikit demi sedikit pelbagai kejadian pelik mula timbul dalam rumah mereka sehinggakan akhirnya mereka sedar ada 3 lagi dimensi yang betul2 sama dengan watak mereka semua tapi mempunyai kenangan/relationship yang berlainan, kebetulan watak emily mempunyai perhubungan yang buruk dengan suaminya, lalu cuba mengubahnya dengan menyusup masuk ke dimensi yang mana watak dia dengan suaminya adalah yang paling romantis. jangan mencari sebarang aksi stunt dalam cerita nie, kerana bagi saya ianya genre sci-fi misteri, lakonan agak ke-budak2kan, lokasi penceritaan hanya menerusi dalam sebuah rumah sahaja dan kadang2 duduk kat luar dongak langit tengok komet melintas, yang banyak meng'saspen'kan situasi hanyalah menerusi dialog2 yg mereka lafazkan, bagi yang akan menonton cerita ini, pastikan tumpuan terlekat kepada dialog dan props yang mereka gunakan, jika tidak, pasti kita akan mengatakan 'dey! yappeda~~hampeh~', gerak-kerja kamera agak found footage wannabe. saya rasa mungkin ramai sahabat MA yang terlepas pandang cerita ni dan saya menonton cerita ini pong kerana terpengaruh dengan komen2 positif dari pengkritik2 filem.. jika anda peminat 'twilight zone' atau 'the next step beyond', maka filem ini adalah yang paling hampir dengan ke-dua2 siri tv tersebut.. selamat menonton.
http://www.imdb.com/title/tt2866360/

Upside Down

Upside Down(2012) khayalan pengarah terlalu tinggi dlm filem ini, mengisahkan percintaan antara dua penghuni di dalam dua dunia yang terlalu hampir jaraknya antara satu dengan lain, namun dipisahkan antara dua gravity, dunia transworld(upside) dan dunia down below, penghuni down below tidak boleh berada di transworld dalam jangka waktu yg lama, jika tidak komposisi badannya akan terbakar, namun atas dasar bercinta sewaktu mereka kecil, adam(down below) sedaya upaya hendak ke transworld utk bertemu dengan eden yg dikenalinya sejak kecil, keupayaan dia mencipta gel anti-penuaan telah dimbil sebagai pekerja di sebuah syarikat yg ada bangunan tinggi yg mencantumkan antara dua dunia tersebut, maka kisah percintaan mereka berdua pun bermula... teruja saya dengan ciptaan pemandangan cgi yg memperlihatkan bagaimana dua dunia ini digambarkan secara berdekatan, props2 yg digunakan amat teliti dan berlandaskan atas dasar sains fizik, memang imajinasi pengarah kena tinggi untuk mengarahkan filem mcm ni, tiada logikal tanpa sesuatu yang lojik..! filem ini mencabar kita untuk mencari silap, saya percaya walau pun ceritanya senang difahami namun kena tonton 2-3kali untuk menghayati kesan2 khas yg jarang ada dalam filem2 lain, kerana ianya bukan satu ciptaan yg baru tapi sesuatu yg sering kita lihat tapi dipertontonkan dalam persepsi yang berlainan. utk yang sci-fi addict this is 'ur movies and indeed a must see movies
http://www.imdb.com/title/tt1374992/

Mr.Nobody

Mr.Nobody(2009) kalau dulu saya mengklasifikasikan cloud atlas(2012) sebagai sebuah filem pening, filem MR.NOBODY ni rupanya lagi pening, kalau diletakkan sarikata b.malaysia rasanya aura filem ini akan bergentayangan huyung-hayang begitu saja, kena lancar B.I lepas tu tonton cerita ni, itu akan lebih terasa teruja dan selamat untuk menontonnya, plot ke-hulu ke-hilir ikut suka hati maka bapak dia, namun itu seharusnya menjadikan filem ini sesuatu yang bernilai artistik, pemilihan watak utama utk lelaki dan wanita dlm filem ini juga memenuhi citarasa kornea mata anda, buangkan element pening tu tadi dan layan sebagai sebuah cereka sci-fi yg melampaui pemikiran, mengisahkan watak utama yang boleh mengawal kehidupan dia sendiri dan memilih mana satu takdir kehidupan yang betul2 serasi dengan matlamat hidup dia, cuma apa yang dia tak tau, takdir yg dia tentukan sendiri tu sebenarnya juga mengubah takdir kehidupan dunia orang lain..

http://www.imdb.com/title/tt0485947/

Misteri Syirik Tahayul

Misteri Syirik Tahayul(2014) 5 cerita dlm 1 filem.. cerita 1- seorang wanita yg terlalu obses dgn cerita seram, akhirnya semua watak filem2 hantu yg dia tonton tu, keluar dari TV menganggu dia. cerita 2- seorang wanita terjumpa perhiasan lama dan berikan kepada emak dia, akhirnya ada sesutau yg mengikuti dia ke rumah dan mengganggu mereka. cerita 3- seorang lelaki yg kaki mabuk dan gila judi membayar hutang dengan mengadaikan maruah isteri dia kepada rakan2 dia yg akhirnya isteri dia nekad membunuh semuanya sekali termasuk suami dia sendiri cerita 4- seorang suami yg suka berpoya dgn perempuan lain, akhirnya dia dan wanita tersebut dibunuh oleh hantu isteri dia sendiri. cerita 5- seorang kasanova yang cuba menodai seorang wanita di rumah kosong yang berhantu, di mana hantu tersebut menyakat beliau dan beri ceramah serta kauseling kepada lelaki dan wanita tersebut.. lokasi dan props rasa saya yang paling simple dah murah.. bhuwat kat jalan sunyi, rumah kosong dengan bilik sewa je, pilihan perlakon ada yg otai ada yg muka2 baru, tahap lakonan ada yg hidup ada yg keras, watak hantu saya rasa kompom baget murah je mekap nyer, apa2 pong ada scene yang berani dan begitu hampir dgn pre-prono, cuma pengarah pandai mengambil castings yg bukan beragama islam utk melakukannya, walau pun ada scene yg terasa agak racist, itu semua adalah batasan agar filem ini terlepas dari pagar finas, akhir kata.. filem ini membawa persepsi yang gumbira bila terserempak dengan hantu, apa lagi hantu mak jah tu baik punya kauseling, boleh jadi iktibar yg kuat kepada para2 kasanova sejagat..

John Wick

John Wick(2014) scene pre-last diletakkan diawal cerita, mungkin ini trend filem2 sekarang, sebelum diabiskan apa yg dia mulakan maka rentetan tersebut dilayarkan dlm ingatan dia, siapakah john wick? hanya setelah 20 minit tayangan barulah rasa kagum menempel difikiran, filem 'kisah cinta' yg didendami dengan perasaan over-tragis sehinggakan polis sendiri pong tak dapat buat apa2 dengan si john wick ini kerana label dia sebagai seorang pembunuh kepada pembunuh upahan adalah antara manusia yg paling digeruni. sesiapa juga akan mengamuk stail babi tunggal jika segala yg disayangi diambil begitu saja nyawa mereka dalam jarak waktu yg terdekat, stail john wick dalam terjebak melalui bayangan ilmu neo, donaka mark dan kai dari segi mempertahankan diri sngat berbeza dan dapat ditangani dengan baik, di sinilah letaknya karisma keenu reeves sebagai pelakon yg bergred A, john wick mengamuk dengan stylo. jalan cerita tiada cliché, tiada twist tapi ada soul sebagai seorang manusia yang ada pendirian dan beretika hidup, bila melihat segalanya dari mula sampai habis cerita ini, apa yg saya mula2 terbayangkan ialah Quentin Jerome Tarantino, cerita ini terpaksa diarahkan oleh 2 org pengarah hanya utk dilabelkan dengan gaya arahan QJT..! tembak darah tembak darah tidak langsung belas kasihan.. terpanggil utk menonton cerita ini adalah kerana watak john wick dipegang oleh keanu reeves.. jika steven seagal yg jadi hero.. saya akan bagi rating 11/10 ....bhahahaha, apa2 pun saya mungkin akan mengambil masa yang agak lama utk menikmati kali ke-duwer cerita ini.

http://www.imdb.com/title/tt2911666/

Dollah Superstar

Dollah Superstar(2014)... well.. ceh wahhh, saya dengan sedihnya terpaksa menanggap filem ini sebagai 'the making of dollah superstar', sebuah filem di dalam filem umpama mimpi dalam mimpi, impikan sesuatu yg daboom utk filem ini namun ianya tetap tinggal sebagai impian, genre apakah agaknya? horror? tak seram pong, komedi? tak gelak pong, actions? tak teruja pong, the making of..? yeahhh dat's it..!! Plot kelam-kabut slapstick HongKong stail, artis top yg ramai tu pong sekadar tempelan, jika digarap utk sebuah cerita yg lebih serius, ada motif dan isi, rasanya tak menang awards, tak jana laba sekali pong, se-kurang2nya boleh dibuat sebagai sebuah filem kajian yg sentiasa evergreen.. tapi filem kedua dari Dir.Kabir Bhatia ini selepas setem(2009) boleh dikira agak berani mencari idea yg agak fresh utk scene filem2 malaysia, seperti membuat aksi rempuhan kenderaan di dalam bangunan, namun tak terlepas adegan cedokan dari filem inggeris, contohnya adegan tembak dollah rimau 4puluh 6belas kali tapi tak juga mati2, tak silap saya scene tu ada dalam cerita loaded weapon 1(1993), kekuatan filem ini hanya ada sedikit pada skrip yg penuh dgn ucapan sinikal, pada pendapat saya penonton filem sekarang sudah mempunyai pelbagai pilihan filem untuk ditonton, risau bila difikirkan penonton yg ke cinema hanya akan menonton filem2 melayu setelah cerita lain sudah fully book, cuba letakkan satu piring 'kemanisan' dalam satu2 hidangan cerita itu, saya rasa ianya akan sentiasa hidup walau pun filem tu dah jadi lapok. Awie adalah satu ikon atau seorang idola yg ada peminat tegarnya yg tersendiri, kalau saya rasa dia diberi satu pilihan utk mencantikkan lagi filem ini, sudah tentu ia akan menyanyi utk satu lagu slowrock menikam sukma ciptaan terbaru untuk filem ini(MelodLeleh sukar dipisahkan dengan org melayu kita..!).. bukan lagu 'Formula Popular Dollah Superstar' sebagai soundtrack promo.. lagi pong genre new wave rappping mcm tu sesuai utk satu golongan saja..! tidak terniat utk kondem filem ini, tapi jujurnya setelah saya habis tonton cerita ini saya terpaksa tonton konsert ManoWaR 'absolute power' untuk recover balik semangat saya yang hilang...