Saturday, July 13, 2013

Bulan Ramadhan: bulan menunjuk atau menguji keimanan?

Ada yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan mengumpul duit, sanggup ambil cuti sebulan dari bekerja kerana hendak berniaga, ada juga yang lepas balik kerja terus ke tapak ramadhan untuk berniaga, kalau kita pandang dari segi peluang, itu ialah masa yang terbaik untuk mengumpul duit, tapi kalau dipikirkan semula, kita kumpul duit tu se-mata2 utk menjamu tetamu di hari raya, membeli pakaian raya yg baru, menganti sofa, langsir dan lain2 peralatan agar nampak baru dan menjadi perbualan di bulan syawal tu nanti, jadi manakah rahmah? manakah hikmah? dan manakah fadilat ramadhannya..? yang lebih menyedihkan lagi bila menyalahkan syawal jika kewangan terus merudum di bulan2 selepasnya akibat terlalu gelojoh dan menunjuk2 dalam kehidupan syawal mereka, sebenarnya tanpa kita sedari, ramadhan hanyalah bulan untuk membuncitkan perut dengan pelbagai juadah berbuka puasa sehinggakan timbul perkataan membazir, lapar dan dahaga hanya menjadi cogankata ketika siang sahaja, apa yang sepatutnya menjadi khusus al-khusus hanya hinggap di bibir untuk menjadi cermin ketika berasa warak... sedihkan!

Wednesday, July 3, 2013

Facebook: Antara Logik dan Jijik

FACEBOOK ialah laman sosial yang mengungguli carta tertinggi dalam kategorinya di alam maya ni selama lebih dari 5 tahun dah, menewaskan twitters, menyuramkan forum dan portal, meninggalkan keaktifan blogspot, worpress malah sudah pun melingkupkan MySpace dan multiply, keujudan flickr dan instagram pun macam tak diambil kisah sangat oleh interneters kerana functions dalam facebook tu mengrangkumi apa yang dah ada dlm lain web, sehinggakan yahoo dan google pun mengikut jejak langkah facebook dengan cubaan mengujudkan apa yang facebook ada! sekarang ni admins facebook dalam rangkan penyelarasan menaik-taraf timeline ke page yang lebih nampak tersusun dan koporat. Bila dah SEGALANYA ADA MAKA SEGALANYA FACEBOOK lah, makan minum semua nak berada dengan facebook, 12 juta rakyat malaysia mempunyai akaun facebook, statistik rambang yang nampak macam betul ini boleh dipertikaikan dengan cara logik dan jika diterjemahkan secara mikro, mungkin cuma 7 ke 8 juta sahaja, berdasarkan akaun lupus, akaun double, akaun penyamaran, akaun tapak ujian atau apa saja akaun yang menjuruskan kepada penduaan daripada satu tangan... apa yang hakuw nak coretkan ni bukan pasal jumlah ahli, tapi jumlah perasaan yang bercampur-baur dengan niat yang nampak se-akan2 baik tapi mempunyai 'udang disebalik mee', walau pun kehadiran udang tu nampak sedap tapi mempunyai kadar mr.koles yang agak tinggi, ada yang meragam sehingga keluar status,
'aku dah malas masuk internet dah, kalau nak contact aku, jangan hantar kat facebook tapi hantar je dalam e-mail aku..'
kadang2 gelak bila baca rintihan ini dalam inBox di facebook, e-mail dengan inBox dlm facebook tu bukan ke mengunakan internet yang sama gak..!, ada yang dah tau kawan tu dah ada couple, masih lagi dia nak kacau daun dengan menyamaikan kekayaan dan wang ringgit setaraf dengan cinta, kasih dan sayang..! tapi yang paling banyak sekali kes ialah FAKE ACCOUNT.. tujuan? yang buruk, terlalu banyak, antaranya; mengintip pasangan, nak depend akaun asal bila ada perbalahan/perdebatan, nak recover fbook games, nak buat provokasi malah yang paling banyak sekali ialah nak mengorat lain bagi org2 yg dah berstatus 'in relations' atau 'married'.. jangan lupa statistik penceraian akibat cinta facebook tak kurang juga hebat dan kian meningkat..!, yang baik, antaranya ialah, akaun percubaan untuk setup selepas settings privacy akaun asal, nak cover admins untuk page wall atau group, sebenarnya ada juga penting utk buat satu lagi akaun bagi tujuan lihat semula akaun asal yg kita dah settings, supaya apa yang kita ingat betul2 dah privacy, tiba2 ada orang lain bercerita pasal status kita tu pula, bak kata org tua2, pisau tangan kanan mentimun tangan kiri, tak dipotong dibuat ulam, dilorek/carving menjadi cantik mata memandang.. apa yang hakuw selalu ingatkan kat diri dan kawan2 hakuw, jangan mania dengan facebook nanti jadi fobia bila benda2 yang remeh nak dibesar2kan macam dah tak ada benda lain nak dilampias, facebook sebuah laman SOSIAL dan kita mengsosialkan sajalah dengan mengkongsi benda2/bahan2 yang baik, yang tak elok tu ianya tetap sosial, nampak tak elok dekat mata kita, tak mungkin juga tak elok kat mata orang lain, jangan hanya tahu; 'rambut sama hitam, hati lain2' tapi tak tahu maksud yang tersirat...

Lain Bulu Lain Batangnya..!

antara restoran yang selalu penuh dan sering kecewakan pengunjung yang datang ialah Restoran Steamboat Shabu-Shabu Ipoh, memang sukar untuk menidakkan atau memperkecilkan keupayaan restoran tersebut dengan membawa perut yang besar, kerana nafsu diet akan terlerai dengan sendirinya bila melihat menu makanannya yang hampir cecah 100 jenis itu belum masuk menu pencuci mulut dan minuman sejuk/panasnya
hakuw sendiri jika kira yang terbaru ni dah masuk 5 kali mengujudkan diri di dalam dewan banquet restoran ini, apa lagi menguruskan beberapa program dari 2-3 kelab dlm internet untuk buat gathering di disini
untuk makluman, awal pembukaannya dengan satu kepala pihak restoran mengenakan charge rm31.00, tapi sebagai promosi untuk sebulan harganya cuma rm26, selepas itu naik rm29.00 sehingga hari khamis 4hb julai 2013 kerana selepas tarikh tersebut, restoran ini akan mengenakan kembali charge asal mereka iaitu rm31.00 utk sekepala dan rm18/16 untuk kanak2, juga jika sukatan tinggi tidak mencukupi, ianya PERCUMA..! apa yang paling penting, sijil halal JAKIM yang tergantung mampu untuk kita menikmati juadah tanpa sekelumit rasa was2
bagi diri hakuw sendiri memang sukar untuk meninggalkan restoran ini apa lagi bila staf2 di sana amat friendly dan dah saling mengenali kita terutama ownernya Datin Bee Ann. jika anda semua hendak rasa pengalaman mengisi perut tanpa jemu sehingga buntu akal nak ambil yang mana, boleh rujuk ke halaman ini: "https://www.facebook.com/pages/Restoran-Shabu-Shabu-Ipoh/155318231302237" untuk mengenali lokasi restoran dan feedback2 lain. akhirkata: LAIN BULU LAIN BATANG, BOOKING DULU SEBELUM DATANG..!

Monday, July 1, 2013

Pelupa Itu Satu Keindahan..?

Manusia diberikan otak bukan untuk saja memenuhi ruang tengkorak kita, tapi untuk dipenuhi dengan akal melalui berfikir, otak manusia satu2nya ciptaan Allah yang paling advance sehinggakan manusia paling bijak dalam dunia sekali pun hanya berjaya mengunakannya setakat 20% sahaja, maksudnya lagi 80% keupayaan untuk otak masih belum digunakan, satu2nya penyakit yang tidak rasa sakit untuk otak ialah PELUPA, ianya bukan sifat atau perangai tapi ianya satu pemerosotan atau kemeruduman keupayaan, namun Allah swt itu Maha Adil dan Maha Mengetahui, walau pun pelupa ini kategori sindrom, Allah letakkan ianya menyeluruh atau dengan lebih tepatnya ada KEBAIKAN dalam LUPA itu sendiri, contohnya kita LUPA siapa yang buat salah dengan kita maka kita sering menjadi PEMAAF, kita LUPA dengan siapa kita pernah bergaduh maka kita menjadi pengikat UKHWAH, apa yang pasti dalam setiap keburukan itu terselit kebaikkan dan begitu juga sebaliknya bila LUPA itu dijadikan senjata atau alasan konkrit untuk menidakkan suatu kewajipan, contohnya MEMBAYAR HUTANG, maka LUPA ini sudah diLABELkan sebagai satu sikap yang kurang elok dan WAJIB diubati demi untuk tidak menyusahkan orang lain, apa2 pun LUPA ini tetap dan sentiasa berlegar di sekeliling kita kerana ianya sebahagian daripada cabang KEHIDUPAN, ada orang kata kehidupan itu umpama RODA, tapi bagi saya jika kita mengIBADAHkan kehidupan itu, kehidupan sebenarnya ialah umpama SEKS, kadang2 kita di atas, adakala kita di bawah..! Jangan risaukan nikmat yang belum kita miliki. Tapi risaukanlah nikmat yang belum kita syukuri. Terkadang Allah menganugerahkan nikmat melalui ujian. Demikian pula terkadang memberi ujian melalui nikmatNya.