Wednesday, November 12, 2014

Upside Down

Upside Down(2012) khayalan pengarah terlalu tinggi dlm filem ini, mengisahkan percintaan antara dua penghuni di dalam dua dunia yang terlalu hampir jaraknya antara satu dengan lain, namun dipisahkan antara dua gravity, dunia transworld(upside) dan dunia down below, penghuni down below tidak boleh berada di transworld dalam jangka waktu yg lama, jika tidak komposisi badannya akan terbakar, namun atas dasar bercinta sewaktu mereka kecil, adam(down below) sedaya upaya hendak ke transworld utk bertemu dengan eden yg dikenalinya sejak kecil, keupayaan dia mencipta gel anti-penuaan telah dimbil sebagai pekerja di sebuah syarikat yg ada bangunan tinggi yg mencantumkan antara dua dunia tersebut, maka kisah percintaan mereka berdua pun bermula... teruja saya dengan ciptaan pemandangan cgi yg memperlihatkan bagaimana dua dunia ini digambarkan secara berdekatan, props2 yg digunakan amat teliti dan berlandaskan atas dasar sains fizik, memang imajinasi pengarah kena tinggi untuk mengarahkan filem mcm ni, tiada logikal tanpa sesuatu yang lojik..! filem ini mencabar kita untuk mencari silap, saya percaya walau pun ceritanya senang difahami namun kena tonton 2-3kali untuk menghayati kesan2 khas yg jarang ada dalam filem2 lain, kerana ianya bukan satu ciptaan yg baru tapi sesuatu yg sering kita lihat tapi dipertontonkan dalam persepsi yang berlainan. utk yang sci-fi addict this is 'ur movies and indeed a must see movies
http://www.imdb.com/title/tt1374992/

No comments:

Post a Comment