Monday, November 24, 2014

Anak Jantan

Anak Jantan(2014)~ Sebuah filem yang saya rasa berjalan dengan terus secara menaik antara plot demi plot walau pun ada flshback bagi menerangkan sejarah sebenar kepada rentetan peristiwa yang berlaku di ibukota, kumpulan pedang selatan yang berselindung sebalik agama menjalankan pelbagai kegiatan yang menyalahi undang2 termasuk jenayah permerdagangan manusia, oleh kerana judul filem ini anak jantan, maka jalan ceritanya memang kasar2, tiada belas kasihan terhadap apa saja tindakan dan situasi.~ Di awal cerita kelihatan banyak props yg dikaburkan imejnya mungkin disebakan penarikan balik tajaan atau pun tidak mendapat hak kebenaran untuk siaran, adegan lawan menampakkan aksi yang ber-sungguh2 dari para perlakon, adegan stunt terlalu cincai atau kurang ber-hati2 sehinggakan jelas kelihatan ayam2 terikat kakinya pada bakul yang dilanggar, aksi tembakan di atas katil dalam hospital telah membuahkan senyuman dari saya, kerana bulu2 ayam yang baru dicabut dari badan2 ayam nampak sngt dilambungkan ke udara kesan dari tembakan penjahat2 tersebut, pada hal hospital2 kat malaysia ni mana ada yang guna bantal berbulu ayam, lagi satu yang paling skema ialah ketua tentera yang macam kambing mengunyah chewing-gum tak henti2.~ Scene di mana darin diframekan oleh somchai supaya dituduh sebagai pembunuh tok ayah, mungkin pengarah faizal a.rashid mendapat ilham dari filem g.i joe melalui watak ninja hitam dan putih tu dan apa yang saya fikirkan mengenai saufi memang benar2 terjadi, kerana pemilihan pelakon utk saufi memang mirip muka bront palare, kalau saya di tempat darin, kejadah apa saya nak pergi menyelamatkan si saufi tu sebab sebelum isteri dia mati, dia sempat bagi tau siapakah si saufi tu sebenarnya, jika isteri dia masih hidup mungkin ada 50% alasannya, ni dah mati dan sempat bagi tau kepada kawan yang baru dia tumbuk tu yang dia nak menyelamatkan anak dia, bagi saya, klimax cerita ini merudum di saat itu apalagi kemasukkan anggota keselamatan yg ramai2 kedalam gudang, siap turun dengan tali begitu amatur sekali, sehingga habis cerita mereka masih lagi toleh kiri-kanan dlm keadaan berkumpulan, yang saya tergelak pasal mereka ni bila scene menembak kepala penjahat melalui sniper tu, yg di teropong belah kanan kepala, tapi peluru yg tersembul dari kepala penjahat tu keluar melalui belakang kepala.~ Akhirkata saya salute kepada bro Bront Palarae yang dapat menjiwai watak penjahat yang langsung tak ada jiwa tu, jika sekiranya arwah salleh kamil masih hidup dan menonton cerita ini, pastinya ada standing ovation untuk bro bront.

No comments:

Post a Comment