Wednesday, November 12, 2014

John Wick

John Wick(2014) scene pre-last diletakkan diawal cerita, mungkin ini trend filem2 sekarang, sebelum diabiskan apa yg dia mulakan maka rentetan tersebut dilayarkan dlm ingatan dia, siapakah john wick? hanya setelah 20 minit tayangan barulah rasa kagum menempel difikiran, filem 'kisah cinta' yg didendami dengan perasaan over-tragis sehinggakan polis sendiri pong tak dapat buat apa2 dengan si john wick ini kerana label dia sebagai seorang pembunuh kepada pembunuh upahan adalah antara manusia yg paling digeruni. sesiapa juga akan mengamuk stail babi tunggal jika segala yg disayangi diambil begitu saja nyawa mereka dalam jarak waktu yg terdekat, stail john wick dalam terjebak melalui bayangan ilmu neo, donaka mark dan kai dari segi mempertahankan diri sngat berbeza dan dapat ditangani dengan baik, di sinilah letaknya karisma keenu reeves sebagai pelakon yg bergred A, john wick mengamuk dengan stylo. jalan cerita tiada cliché, tiada twist tapi ada soul sebagai seorang manusia yang ada pendirian dan beretika hidup, bila melihat segalanya dari mula sampai habis cerita ini, apa yg saya mula2 terbayangkan ialah Quentin Jerome Tarantino, cerita ini terpaksa diarahkan oleh 2 org pengarah hanya utk dilabelkan dengan gaya arahan QJT..! tembak darah tembak darah tidak langsung belas kasihan.. terpanggil utk menonton cerita ini adalah kerana watak john wick dipegang oleh keanu reeves.. jika steven seagal yg jadi hero.. saya akan bagi rating 11/10 ....bhahahaha, apa2 pun saya mungkin akan mengambil masa yang agak lama utk menikmati kali ke-duwer cerita ini.

http://www.imdb.com/title/tt2911666/

No comments:

Post a Comment