Thursday, November 27, 2014

Thunder and the House of Magic


Thunder and the House of Magic(2013) ada kelainan dalam cerita animasi ini, kisah bermula bila watak anak kucing dylan yg selepas itu diberi nama thunder di tinggalkan oleh tuannya di tepi jalan lalu singgah di sebuah mansion yang dikatakan berhantu, di rumah tersebut tinggal seorang tua yang pandai melakukan silap mata dan mereka cipta robotik, tapi mcm biasa le ada watak baik mesti ada watak jahat, watak jahat atau nakal dlm cerita ini ialah si arnab dan si tikus yang terasa disisihkan oleh org tua tu akibat dari kedatangan thunder dirumah tersebut yg manja dan pandai mengambil hati, suatu hari anak saudara org tua tu cuba hendak menjual rumah tersebut maka pelbagai teknik dan aksi yg mereka buat utk mengagalkan tindakan anak buah org tua tersebut, bila org tua tu masuk hopital kerana satu kemalangan, anak buah dia bertindak dengan lagi berani.. maka dengan semangat dan akal yg pintar si thunder dengan kawan2 robot dia tu cuba mengagalkan hasrat pemuda tersebut walau pun rancangan mereka sering kali diganggu oleh sang arnab dan si tikus. watak dan aksi kucing dibangunkan dgn mengikut spesikasi perlakuan sebenar mereka.. layannn, dialog tak berapa nak kelakar tapi aksi2 mereka boleh ler terangkat sedikit bibir tu ke atas, saya menanti juga aksi yg betul2 killer, akhirnya waktu itu pong sampei, dan saya melihatnya dengan ter-bahak2, apa aksinya tu? sila le tengok sendiri di waktu babak anak saudara org tua tu mengunakan kren pemecah rumah utk meranapkan mansion tersebut dan mereka masing2 all-out menentangnya, moral cerita ini adalah menguna-pakai tagline wonder pet... haper yg pentingggg?

No comments:

Post a Comment