Wednesday, November 12, 2014

Coherenge

Coherenge(2013) Mungkin membawa maksud sesuatu yang terpisah bergabung menjadi satu? cerita dilakonkan oleh lapan watak dan watak 'emily' menjadi fokus utama dalam cerita ni(mungkin sebab dia yang paling cantik.. hehehe), mengisahkan lapan orang sahabat yang berkumpul dalam satu rumah bercerita pasal kenangan masing2 sambil memberi tumpuan terhadap sebuah komet yang melintas di lokasi mereka, sedikit demi sedikit pelbagai kejadian pelik mula timbul dalam rumah mereka sehinggakan akhirnya mereka sedar ada 3 lagi dimensi yang betul2 sama dengan watak mereka semua tapi mempunyai kenangan/relationship yang berlainan, kebetulan watak emily mempunyai perhubungan yang buruk dengan suaminya, lalu cuba mengubahnya dengan menyusup masuk ke dimensi yang mana watak dia dengan suaminya adalah yang paling romantis. jangan mencari sebarang aksi stunt dalam cerita nie, kerana bagi saya ianya genre sci-fi misteri, lakonan agak ke-budak2kan, lokasi penceritaan hanya menerusi dalam sebuah rumah sahaja dan kadang2 duduk kat luar dongak langit tengok komet melintas, yang banyak meng'saspen'kan situasi hanyalah menerusi dialog2 yg mereka lafazkan, bagi yang akan menonton cerita ini, pastikan tumpuan terlekat kepada dialog dan props yang mereka gunakan, jika tidak, pasti kita akan mengatakan 'dey! yappeda~~hampeh~', gerak-kerja kamera agak found footage wannabe. saya rasa mungkin ramai sahabat MA yang terlepas pandang cerita ni dan saya menonton cerita ini pong kerana terpengaruh dengan komen2 positif dari pengkritik2 filem.. jika anda peminat 'twilight zone' atau 'the next step beyond', maka filem ini adalah yang paling hampir dengan ke-dua2 siri tv tersebut.. selamat menonton.
http://www.imdb.com/title/tt2866360/

No comments:

Post a Comment