Wednesday, July 3, 2013

Lain Bulu Lain Batangnya..!

antara restoran yang selalu penuh dan sering kecewakan pengunjung yang datang ialah Restoran Steamboat Shabu-Shabu Ipoh, memang sukar untuk menidakkan atau memperkecilkan keupayaan restoran tersebut dengan membawa perut yang besar, kerana nafsu diet akan terlerai dengan sendirinya bila melihat menu makanannya yang hampir cecah 100 jenis itu belum masuk menu pencuci mulut dan minuman sejuk/panasnya
hakuw sendiri jika kira yang terbaru ni dah masuk 5 kali mengujudkan diri di dalam dewan banquet restoran ini, apa lagi menguruskan beberapa program dari 2-3 kelab dlm internet untuk buat gathering di disini
untuk makluman, awal pembukaannya dengan satu kepala pihak restoran mengenakan charge rm31.00, tapi sebagai promosi untuk sebulan harganya cuma rm26, selepas itu naik rm29.00 sehingga hari khamis 4hb julai 2013 kerana selepas tarikh tersebut, restoran ini akan mengenakan kembali charge asal mereka iaitu rm31.00 utk sekepala dan rm18/16 untuk kanak2, juga jika sukatan tinggi tidak mencukupi, ianya PERCUMA..! apa yang paling penting, sijil halal JAKIM yang tergantung mampu untuk kita menikmati juadah tanpa sekelumit rasa was2
bagi diri hakuw sendiri memang sukar untuk meninggalkan restoran ini apa lagi bila staf2 di sana amat friendly dan dah saling mengenali kita terutama ownernya Datin Bee Ann. jika anda semua hendak rasa pengalaman mengisi perut tanpa jemu sehingga buntu akal nak ambil yang mana, boleh rujuk ke halaman ini: "https://www.facebook.com/pages/Restoran-Shabu-Shabu-Ipoh/155318231302237" untuk mengenali lokasi restoran dan feedback2 lain. akhirkata: LAIN BULU LAIN BATANG, BOOKING DULU SEBELUM DATANG..!

No comments:

Post a Comment