Saturday, July 13, 2013

Bulan Ramadhan: bulan menunjuk atau menguji keimanan?

Ada yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan mengumpul duit, sanggup ambil cuti sebulan dari bekerja kerana hendak berniaga, ada juga yang lepas balik kerja terus ke tapak ramadhan untuk berniaga, kalau kita pandang dari segi peluang, itu ialah masa yang terbaik untuk mengumpul duit, tapi kalau dipikirkan semula, kita kumpul duit tu se-mata2 utk menjamu tetamu di hari raya, membeli pakaian raya yg baru, menganti sofa, langsir dan lain2 peralatan agar nampak baru dan menjadi perbualan di bulan syawal tu nanti, jadi manakah rahmah? manakah hikmah? dan manakah fadilat ramadhannya..? yang lebih menyedihkan lagi bila menyalahkan syawal jika kewangan terus merudum di bulan2 selepasnya akibat terlalu gelojoh dan menunjuk2 dalam kehidupan syawal mereka, sebenarnya tanpa kita sedari, ramadhan hanyalah bulan untuk membuncitkan perut dengan pelbagai juadah berbuka puasa sehinggakan timbul perkataan membazir, lapar dan dahaga hanya menjadi cogankata ketika siang sahaja, apa yang sepatutnya menjadi khusus al-khusus hanya hinggap di bibir untuk menjadi cermin ketika berasa warak... sedihkan!

No comments:

Post a Comment