Wednesday, July 3, 2013

Facebook: Antara Logik dan Jijik

FACEBOOK ialah laman sosial yang mengungguli carta tertinggi dalam kategorinya di alam maya ni selama lebih dari 5 tahun dah, menewaskan twitters, menyuramkan forum dan portal, meninggalkan keaktifan blogspot, worpress malah sudah pun melingkupkan MySpace dan multiply, keujudan flickr dan instagram pun macam tak diambil kisah sangat oleh interneters kerana functions dalam facebook tu mengrangkumi apa yang dah ada dlm lain web, sehinggakan yahoo dan google pun mengikut jejak langkah facebook dengan cubaan mengujudkan apa yang facebook ada! sekarang ni admins facebook dalam rangkan penyelarasan menaik-taraf timeline ke page yang lebih nampak tersusun dan koporat. Bila dah SEGALANYA ADA MAKA SEGALANYA FACEBOOK lah, makan minum semua nak berada dengan facebook, 12 juta rakyat malaysia mempunyai akaun facebook, statistik rambang yang nampak macam betul ini boleh dipertikaikan dengan cara logik dan jika diterjemahkan secara mikro, mungkin cuma 7 ke 8 juta sahaja, berdasarkan akaun lupus, akaun double, akaun penyamaran, akaun tapak ujian atau apa saja akaun yang menjuruskan kepada penduaan daripada satu tangan... apa yang hakuw nak coretkan ni bukan pasal jumlah ahli, tapi jumlah perasaan yang bercampur-baur dengan niat yang nampak se-akan2 baik tapi mempunyai 'udang disebalik mee', walau pun kehadiran udang tu nampak sedap tapi mempunyai kadar mr.koles yang agak tinggi, ada yang meragam sehingga keluar status,
'aku dah malas masuk internet dah, kalau nak contact aku, jangan hantar kat facebook tapi hantar je dalam e-mail aku..'
kadang2 gelak bila baca rintihan ini dalam inBox di facebook, e-mail dengan inBox dlm facebook tu bukan ke mengunakan internet yang sama gak..!, ada yang dah tau kawan tu dah ada couple, masih lagi dia nak kacau daun dengan menyamaikan kekayaan dan wang ringgit setaraf dengan cinta, kasih dan sayang..! tapi yang paling banyak sekali kes ialah FAKE ACCOUNT.. tujuan? yang buruk, terlalu banyak, antaranya; mengintip pasangan, nak depend akaun asal bila ada perbalahan/perdebatan, nak recover fbook games, nak buat provokasi malah yang paling banyak sekali ialah nak mengorat lain bagi org2 yg dah berstatus 'in relations' atau 'married'.. jangan lupa statistik penceraian akibat cinta facebook tak kurang juga hebat dan kian meningkat..!, yang baik, antaranya ialah, akaun percubaan untuk setup selepas settings privacy akaun asal, nak cover admins untuk page wall atau group, sebenarnya ada juga penting utk buat satu lagi akaun bagi tujuan lihat semula akaun asal yg kita dah settings, supaya apa yang kita ingat betul2 dah privacy, tiba2 ada orang lain bercerita pasal status kita tu pula, bak kata org tua2, pisau tangan kanan mentimun tangan kiri, tak dipotong dibuat ulam, dilorek/carving menjadi cantik mata memandang.. apa yang hakuw selalu ingatkan kat diri dan kawan2 hakuw, jangan mania dengan facebook nanti jadi fobia bila benda2 yang remeh nak dibesar2kan macam dah tak ada benda lain nak dilampias, facebook sebuah laman SOSIAL dan kita mengsosialkan sajalah dengan mengkongsi benda2/bahan2 yang baik, yang tak elok tu ianya tetap sosial, nampak tak elok dekat mata kita, tak mungkin juga tak elok kat mata orang lain, jangan hanya tahu; 'rambut sama hitam, hati lain2' tapi tak tahu maksud yang tersirat...

No comments:

Post a Comment